
17-07-03:
Siri Artakusiad
"Kepada semua peminat-peminat Saga Artakusiad
yang dikasihi,
Untuk pengetahuan saudara dan saudari, novel-novel
awal Saga Artakusiad (buku 1 hingga 6) sudah tiada lagi dalam
pasaran (out of print) dan kerana itu amat sukar didapati (hampir
mustahil). Walau bagaimanapun, pihak kami sedang berusaha mencari
penerbit yang sanggup menerbitkannya semula. Jika saudara dan
saudari benar-benar mahu memilikinya, silalah mendaftar selaku
ahli Kelab Aurora secepat mungkin, lebih ramai lebih baik, kerana
ini akan menjadi bukti yang kuat terhadap langganan serta permintaan
yang sudah sedia ada terhadap novel-novel tersebut dan menjadi
bantuan yang sangat besar kepada usaha-usaha kami untuk menerbitkannya
semula."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Novel ke-7
Setelah beberapa perbincangan dengan Abang Pat,
buku ke-7 berkemungkinan besar tidak dapat dipasarkan. Tetapi,
ianya akan dijual melalui Kelab Aurora. Antara perkara yang menjadi
isu adalah permintaan daripada pembaca, yang masih menjadi keraguan.
Seramai mana yang masih berminat untuk membelinya, sedangkan kos
untuk penerbitan sebuah buku adalah mahal. Lebih-lebih lagi untuk
menghasilkan sebuah buku yang mengikut citarasa kita sendiri,
iaitu tidak terikat dengan sebarang had dengan sesebuah syarikat
penerbitan. Oleh yang demikian, buku yang ke-7 akan dikeluarkan
oleh Abang Pat sendiri mengikut pesanan. Oleh itu, tiada tekanan
yang akan dihadapi oleh semua pihak, lebih-lebih lagi perkara
yang melibatkan kos. Apa yang menariknya, buku yang ketujuh akan
dicetak dan dihasilkan secara 'hand crafted' daripada Abang Pat
sendiri. Setiap buku yang dikeluarkan akan mempunyai nombor siri
mengikut pesanan pada setiap muka surat. Oleh itu, sebarang ciplakan
atau salinan semula boleh dikesan.
Apa pandangan anda? Tentu menarik bukan? Kita
dapat membaca karya fantasi ini sambil merasai hasil yang telah
dibuat dari tangan pengarangnya sendiri. Semoga Abang Pat terus
bersemangat memberi kesinambungan untuk buku ke-7 ini. Kami akan
sentiasa memberi sokongan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Forum artakus.net
Apa pandangan anda mengenai watak-watak di dalam
siri artakusiad? Yang manakah satu menjadi pilihan anda? Artakus,
Laira, Jundak, Azkram, Merkia? Tahukah anda, watak Jundak dan
Azkram sebenarnya mahu diselesaikan dengan cepat kerana pengarang
merasakan watak itu tiada kepentingan, sehinggalah ada yang menyatakan
pandangan mengenai watak-watak tersebut. Bagaimana pula dengan
anda?
Berikan pandangan dan komen anda di forum artakus.net.
Untuk bersama-sama memberi pandangan dan komen, anda dikehendaki
mendaftar di forum tersebut. Berikan komentar anda pada tajuk-tajuk
yang telah disediakan. Selamat bergembira!
Terima kasih tidak terhingga buat miecreation
yang sudi membantu untuk menghasilkan forum artakus. Moga sinar
Aurora memberi dimensi baru buat mie. :)
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Karektor siri artakusiad
Jika terdapat sebarang kesilapan di dalam penerangan
pada karektor, makhluk, etc. di bahagian Aurora, anda boleh memberi
maklumbalas kepada kami. Ini adalah kerana, setiap deskripsi yang
tercatat di dalamnya adalah amat penting kepada Abang Pat sendiri.
Apa yang dipaparkan di situ telah dijadikan sumber rujukan yang
pantas kepada beliau untuk penghasilan buku yang ketujuh. Ya,
lebih 10 tahun karya itu ditinggalkan. Seandainya terdapat kesilapan
di dalamnya, maka kesilapan itu akan dilahirkan di buku ketujuh.
Jika anda berjaya mengumpulkan maklumat mengenai bahagian Aurora,
hantarkan kepada kami.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terima kasih kepada semua
yang memberikan sokongan padu kepada artakus.net.
|