+ news | books + order | aurora | him + words  | club | misc | about | forum | olai tannon
 


13 Julai 2006
:: Karmawizra

biarlah kalian yang teka meneka dan berkata-kata...

-----

26 Jun 2006
:: Update terkini

Sir Epong telah mengirim SMS minta diwar-warkan berita ini:

1) Abg Pat ngan rosh akan bergabung tenaga buat short film - RAWIYANI dengan menampilan Dian Sastro huhu... aku tunggu!

2) Bermula 19 Julai cerita AGEN 016 akan ditayangkan kat TV3, Rosh buat grafik... korang mesti tonton... tambah lagi kata Rosh tu hari MNasir pun ada gak melintas dlm salah satu episod tu thee he he tak abih-abih MNasir aku ni... awas ko Rosh kalau tak de... tapi yang penting amat.... aku nak tgk gambar batu meteor dan batu nisan dan krosi letrik ke amenda, props yang rosh bikin... tahniah rosh!


Rosh... at the scene

Korang kalau nak tgk teaser: [ klik sini ]

3) Ini lagu LAIRA - karya seni Sir Epong, satu lagu yang sungguh erm apa perkataannya aaa.... sungguh best... tenang dan.... sayu.. sila la dengar. Time baca Legenda Numerius page 22-30 tu cuba sambil dgr lagu ni... huhu..

-----

Sambutan Ulangtahun Ketiga Artakus Dot Net
:: 1hb Julai 2006
:: Istana Sultan Aurora, Lavender Heights Seremban

Rujuk Forum >> Sambutan Ulangtahun Ketiga Artakus Dot Net

Aurorans dan Morrokians yang amat kusayangi...huhu...

Pejam celik, tahun ini masuklah tahun ketiga ADN online dan menjadi markas (huhu) bagi Aurorans dan Morrokian adanya. Maka sehubungan dengan itu pihak ADN dengan kembang hidung ingin meraikan ikatan yang amat istimewa di alam maya ini, dengan aktiviti yang paling digemari semua iaitu potluck. Berikut adalah butir2 sambutan serta aktiviti yang bakal diadakan kelak...

SAMBUTAN ULANGTAHUN KETIGA ARTAKUS DOT NET

Tarikh: 1hb Julai, 2006 (Sabtu pertama)
Tempat: Istana Sultan Aurora,
              946 Jalan Levender Heights 27/1,
              Taman Lavender Heights 70400 Seremban.
Masa: 10 pagi 5 petang

Agenda:

9.00 10.00pagi : Ketibaan Aurorans
10.00 10.10pagi : Ucapan MC dan bacaan Doa
10.10 10.20pagi : Ucapan Presiden ADN
10.20 10.30pagi : Ucapan Abang Pat
10.30 10.40pagi : Pembentangan Agenda Sehari
10.40 11.10pagi : Bacaan Puisi Aurora (2 orang, 2 puisi)
11.10 12.30tgh : Slot tersampuk puisi:
Penyertaan semua, sambung-sambung puisi secara spontan.
12.30 2.30ptg : Sambutan Majlis Harijadi Kalil dan makan-makan potluck
Rehat dan Solat
2.30 3.00ptg :

Aurora win, loose or draw
Pembahagian kumpulan dan pertandingan

3.00 3.30ptg :

Pengumuman Pemenang Pertandingan Cerpen & Puisi dan Penyampaian Hadiah

3.30 5.00ptg :

Bersama Ahmad Patria
Soal jawap dan borak-borak
Minum petang dan bersurai

Senarai AJK yang telah dilantik, sila ambil perhatian:

mc epong
camera & video kirro & aylanin
puisi - attok + abg pat
win lose or draw jundak
cerpen - nisah haron + kak long
hadiah & cenderamata elaira + sempoii

Sukarela amat dialu-alukan untuk memenuhi jawatan kosong dibawah ini:

transport
pinggan mangkuk
cuci pinggan mangkuk and clearance officer
setup tempat and clearance
barang untuk win,lose or draw -
dan, ajk persampahan -

--------------------------------------------------------------------------------------

Pertandingan Penulisan Cerpen dan Puisi Crossroad Saga Artakusiad

Bersemperna dengan sambutan ulangtahun ketiga ARTAKUS DOT NET (ADN), kami ingin mengadakan satu pertandingan menulis puisi dan cerpen yang berdasarkan (crossroad) kepada kisah novel bersiri Saga Artakusiad tulisan Ahmad Patria Abdullah.

Peserta bolehlah memilih mana-mana watak atau mewujudkan satu watak yang berupaya dikembangkan berdasarkan suasana dunia Aurora. Peserta bolehlah merujuk kepada buku-buku Saga Artakusiad yang terdahulu iaitu:

1. Permata Aurorius
2. Kota Arialun
3. Kembar Artakus
4. Petua Azkram
5. Puteri Alindalia
6. Pedang Aurora
7. Legenda Numerius

Aktiviti ini adalah untuk menggilap bakat menulis yang ada pada kebanyakan Aurorans. Dan diharapkan kelak, pihak ADN dapat membukukan hasil karya yang terpilih dari pertandingan seumpama ini. InsyaAllah acara ini akan dijadikan acara tahunan.

Syarat-syarat:

1. Penyertaan terbuka kepada semua warga Aurora.

2. Cerpen hendaklah mengambil sebahagian nama, watak dan jalan cerita yang terdapat di dalam Saga Artakusiad dan dikembangkan mengikut kreativiti sendiri. Sebagai contoh, mungkin anda boleh mengambil satu watak kecil dari novel tersebut dan dikembangkan, ataupun mewujudkan satu watak lain yang berada dilokasi penceritaan.

3. Panjang cerpen mestilah kira-kira 10 helai kertas A4 ditaip langkau dua baris.

4. Panjang puisi mestilah tidak kurang dari 20baris.

5. Peserta boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah cerpen dan / atau lima (5) buah puisi sahaja.

6. Puisi mestilah asli, bukan karya terjemahan, saduran atau apa sahaja yang membawa maksud karya tersebut bukan karya asli.

7. Keputusan panel penilai adalah muktamad.

8. Kaya-karya yang dihantar mungkin akan diantologikan. Pihak ADN juga bebas memilih mana-mana karya untuk dimuatkan ke dalam antologi, atau dikecualikan.

9. Sila gunakan format penyertaan untuk puisi dan cerpen yang dilampirkan dibawah ini.
http://www.elaira.net/ADN/PertandinganCrossroadSaga.doc

10. Tarikh tutup menghantar penyertaan anda adalah pada 26 Jun, 2006.

11. Emelkan penyertaan anda kepada elaira4ever@yahoo.com dengan subjek: PERTANDINGAN CROSSROAD SAGA ARTAKUSIAD 2006

Maka, marilah kita sama-sama memeriahkan acara sambutan ulangtahun ketiga ADN bagi tahun ini... terima kasih. :D ... dan selamat mengarang.

--------------------------------------------------------------------------------------

FORUM ADN

Dengan ini saya maklumkan bahawa forum ADN boleh dicapai melalui url ini:

http://www.fajaril.net/forum/

Pihak pengurusan web ADN memohon maaf atas pindaan-pindaan sebegini. InsyaAllah kami akan memperbaiki serta menambahbaik ciri-ciri web ADN ini dari masa ke semasa...

--------------------------------------------------------------------------------------

Mana mau cari.... Legenda Numerius???

Dari Olai Tannon, entry 6616:

Date: 2005-12-08 08:50:47
elaira ( no email / http://www.artakus.net.my ) wrote:

aku telah menjejak segerombolan LN... bertempat di Farmasi Jayais (kalau tak silap mcm tu lah yg disebut abg pat tadi)di Wisma Zikey, Kg Baru.

Klu nak pi sana, ia dekat ngan Masjid Kg Baru... kat simpang 4 trafic light tu... depan masjid kg baru ada Pusat Perubatan... seberang jalan belah kanan (bergantung ko mengadap ke mana la) ada wisma Zikey... kat situ la...

Kat sana ada dalam 20 bijik lagi... sila dapatkan di sana atau kalau perlu bantuan, aku ngan morrok ke ngan panji ke... ngan jundak ke... akan pi amik buku2 tu dan mengedarkan pada yang sedang hentak2 kaki mencari buku-buku tersebut... heh heh... semoga ini terlingkung dalam berita baik untuk petang khamis yang mulia ini.

dan auroran sekalian... dengan ini dimaklumkan
WWW.ARTAKUS.NET.MY sudah berfungsi... tak caya cuba lah... :D

thanks to panjialam, yg sudi sponsor domain dan sudi menredirect ke lokasi yg ada sekarang ni... tq tq tq... kalau down jugak... korang korek balik www.elaira.net/artakus (artakus mesti duk dekat2 ngan laira kekekkekekek)

---------------------------------------------------------------------------------------

Buku ke-8 Siri Saga Artakusiad

Ya, buku ke-8 bakal terbit! Walau bagaimanapun, pihak kami difahamkan bahawa buku ke-8 ini adalah terhad cetakannya, iaitu hanya 200 naskah sahaja. Ia bakal setebal 700 mukasurat dan berharga RM80. Harga ini adalah termasuk harga pos.

Cara tempahan & bayaran:

Saya hanya mempunyai akaun Bumiputera Commerce (BCB) sahaja. Jika anda ingin membuat tempahan yang sah:

  1. Sila masukkan bayaran ke akaun saya yang bernombor 1418-0057690-523 MASLIZA ALIAS.
  2. Scan slip transaksi bank anda, dan emel kepada saya di elaira4ever@yahoo.com dengan Subject: BAYARAN BUKU KE-8, supaya mudah saya membuat semakkan kelak.
  • Sekiranya anda menggunakan transaksi secara on-line, sila screen-capture dan emel kepada saya.
  • Sekiranya menggunakan mesen untuk pindahan akaun, sila scan slip dan emel kepada saya.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai kemudah untuk scan, sila fotokopi dan pos kan kepada:

Masliza Alias
E-3A-16, Blok Suria,
Tasik Height Apartment,
Jalan Liku 6,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.

Sila tuliskan nama anda dan nombor telefon dengan jelas. Sila hubungi saya jika masih terdapat sebarang kesulitan.

Terima kasih.

Salam Sehijau Aurora
ElairaSelamanya

---------------------------------------------------------------------------------------

   



Arkus!


"Ini adalah hadiah dari Arasis. Namanya Arkus. Pedang ini akan menerangi jalanmu di medan perang dan di waktu kegelapan..."
- Permata Aurorius, 47.

[+] Read here: Kronologi pembentukan laman web artakus.net.my (compiled by elaira).

[+] Kata pengantar daripada webmaster(s) artakus.net.

[+] Ada apa dengan Saga Artakusiad? Buat mereka yang ingin mengetahui tentang siri fantasi ini, anda boleh dapatkan secebis info tentangnya dengan membaca sinopsis siri ini secara umum (x).

>> archives:
mac-06
julai-05,

oktober-04
end-03,
ogos, julai

   
 
 

------------------------------------
Powered by:
elaira.net
@ MERCUMAYA.NET
------------------------------------

 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.