Artakus
Nama sebenar: Rizal; Seorang manusia biasa dari dunia nyata.
Dia tercampak ke alam aurora dengan bantuan Merkia. Artakus
yang muncul itu telah dijanjikan oleh kitab-kitab Id kepada
orang-orang Aurora. Dia sebenarnya terjebak di dalam kancah
persengketaan Merkia dan Herakos.
Merkia
Makhluk yang tercipta daripada Cahaya. Wakil dari Arasis.
Herakos
Makhluk yang tercipta dari kegelapan malam. Wakil dari Osria.
"Mastermind" untuk kemusnahan alam kerana mempercayai
wilayahnya akan "bertakhta" dengan terlaksananya rancangannya.
Laira
Seorang gadis kampung (dari puak Armorikus) yang ayu dari Lembah
Takayan. Antara wanita terawal yang dikenali oleh Artakus. Lama-kelamaan,
perkenalan mereka membibitkan tali percintaan di antara Artakus
dan Laira.
Nazril
Seorang karman yang tabah dan gigih menghadapi cabaran. Karman
yang terulung dari puak Amorikus. Seguru dengan Qrokul, yisykrak
Merah dari Morrok.
Atinius
Ketua puak Amorikus yang setia menjadi pengikut Artakus.
Azkram
Seorang karman yang terulung sejak zaman Chandorri lagi. Umurnya
telah mencecah 5 abad tapi masih kelihatan muda dan kacak. Ilmu
sihirnya berasaskan sains dan teknologi. Mempunyai pembantunya
yang begitu setia, Fasdan (seekor jin).
Jundak
Panglima perang Morrok yang hebat dan popular. Mengetuai tentera
Legio III. Seorang panglima yang kidal tetapi boleh menarikan
lok sabkar dengan kedua-dua tangannya. Kehebatannya setaraf
dengan Artakus, malangnya di berada di pihak musuh dan punya
karisma yang tersendiri.
Jeenusix
Ketua puak Inkatus. Mementingkan keselamatan diri (juga materialistik).
Darumir
Ketua puak Jegadai. Pada mulanya dia tidak mempercayai kemunculan
Artakus di dalam kalangan Amorikus kerana wujudnya Artakus palsu
yang muncul di dalam kaumnya sendiri, makhluk jelmaan Herakos.
Iotan
Ketua puak Argida. Mempunyai konflik dalam puaknya sendiri.
Golongan muda diketuai oleh Naktai masih menyimpan dendam lama
terhadap puak Armorikus.
Naktai
Anak saudara kepada ketua puak Argida, Iotan. Dipercayai akan
mewarisi tahta Iotan. Tali barut Morrok. Tidak mempercayai kitab-kitab
Id, apatah lagi kewujudan Artakus.
Hansis
Salah seorang sahabat Artakus yang akrab. Berketurunan Armorikus-Inkatus.
Esis
Salah sorang sahabat Artakus yang akrab.
Adonis
Salah seorang sahabat Artakus yang akrab. Terkorban di Kota
Arialun kerana setia terhadap Artakus, mati kerana cuba menyelamatkan
Artakus dari Sihir Gargola, Yisykrak Hitam.
Qrokul
Seorang Yishrak merah yang angkuh. Tamak dan gila kuasa. Mencuri
permata Aurorius demi kepentingan kuasa dan kedudukan dirinya.
Bekas karman dan rakan sepenuntut Nazril satu masa dahulu. Mempunyai
PhD (perasaan hasad dengki) terhadap Nazril.
Silikin
Salah seorang pemimpin dalam tentera Armorikus.
Hortas
Salah seorang teman Artakus. Dibunuh oleh Zardaron kerana cuba
menyelamatkan Artakus di Kota Arialun
Zardaron
Seorang (bekas) pemimpin Arialun yang bermusuhan, berebut kuasa
Arialun dengan Garilon. Pembelot.
Dirrak, Wellarik
Antara penglima-panglima Arialun.
Garilon
Pentadbir Kota Arialon. Bukan berbangsa Aurora.
Olafhul
Salah seorang sahabat karib Artakus yang setia. Bercinta dengan
salah seorang gadis dari puak Argida bernama Aylanin. Cintanya
bermasalah kerana mempunyai pesaing yang hebat dari puak Argida
sendiri iaitu Naktai.
Belakios
Seorang garbrank, @ tentera upahan morrok. Berbangsa Inkatus.
Suryana
Kekasih Esis.
Aylanin
Kekasih Olafhul. Menjadi rebutan Naktai. Mula bercinta dengan
Olafhul sebelum perpecahan antara Armorikus dan Argida.
Takron
Bersama-sama menyertai Artakus di Sarrium untuk mengalahkan
Yisykrak Hijau (Onggrok). Mempunyai kepentingan tersendiri.
Onggrok
Yiskrak Hijau yang memerintah pelabuhan Sarrium. Memagar Sarrium
dengan sihirnya.
Unggar
Yisykrak Ungu. Ditugaskan oleh Herakos untuk mencari Qrokul.
Musuh lama Azkram.
Godorojo
Seorang ahli sihir yang telah dibuang dari negeri Nazaki ke
Hayan Kadan. Menjaga teka-teki Tiarra untuk sesiapa yang menggelarkan
diri mereka artakus menjawab teka-teki itu.
Puteri Alindalia
Olsin Ai, puteri bulan (dalam bahasa aurora) yang dipercayai
menyimpan 1001 jawapan dari persoalan-persoalan misteri dan
dipercayai dia adalah kunci kepada jawapan kehilangan permata
Aurorius, Nazril dan Qrokul.
Contributed by: saiful, fahmie,
masdalifadzlie, unsung hero
|