"Kau
sepatutnya tahu Artakus. Bukan orang-orang Aurora saja yang telah
menanti kedatanganmu."
Pedang Aurora
[+]
Sewaktu mula menurunkan mata penanya untuk siri-siri
Saga Artakusiad, beliau masih remaja. Jika diukur melalui penulisannya
yang begitu unik, tidak keterlaluan jika dikatakan bakatnya mendahului
golongan segenerasinya. Kematangan gaya penulisan dan daya imaginasi
yang kuat merupakan aset yang tidak di miliki oleh semua orang.
Justeru ketika itu, beliau telah diwar-warkan sebagai pelopor
kepada perkembangan novel fantasi di tanah air kita ini.
Ulasan buku pertama beliau, Permata Aurorius,
tersiar di akhbar utama negara, juga merupakan salah satu titik
pendorong bagi penulisan serba kreatif ini. Cerpen-cerpen beliau
tersiar di majalah Dewan Siswa, begitu juga dengan Saga Artakusiad
(tidak semua buku dalam Saga Artakusiad), yang telah disiarkan
secara bersiri di dalam majalah ilmiah yang lainnya, seperti Dewan
Kosmik. Selain menghasilkan Saga Artakusiad, beliau juga ada menghasilkan
novel lain seperti Bunga Arianur dan Spesimen
Alpha.
Merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara,
Dato' Abdullah Hussain. Bagi mereka (terutama penggemar tulisan
beliau) yang tertunggu-tunggu penulisannya dari masa ke semasa,
pasti telah menyedari 'kehilangan' beliau dari dunia penulisan
tanah air. Dalam tempoh yang agak lama (sekitar 17 tahun) beliau
telah tidak menerbitkan mana-mana hasil karyanya lagi, kalau adapun
sekadar simpanan peribadi. Dan beliau sendiri punya sebab musabab
kenapa semua itu berlaku.
Keengganannya itu terlebur bila mana mengetahui
walaupun sudah 17 tahun berlalu, peminat-peminat siri Saga Artakusiad
serta pengikut-pengikut beliau, masih lagi setia dan mencari-cari
buku-buku tersebut (yang sudah tiada di pasaran lagi). Mereka
masih lagi menyimpan ingatan yang segar dunia Aurora serta kisah-kisah
yang bersenandung di situ. Lebih-lebih lagi kesetiaan menanti
sambungan serta kesudahan cerita tersebut. Beliau secara tidak
langsung pernah menyebut, betapa terharunya beliau terhadap sokongan
padu yang diberikan oleh peminat-peminat Saga Artakusiad.
Agak sibuk dengan tugas dan tanggungjawap adalah
antara jawapan beliau bila diajukan soalan, kenapa beliau tidak
menulis siri-siri Saga Artakusiad lagi, sedangkan setakat buku
ke-6, sequel itu belum bertemu titik tamatnya. Namun, rasa syukur
berputik di hati apabila mengetahui kesudian beliau untuk menghasilkan
sambungan siri Artakusiad tersebut.
Untuk membaca beberapa sedutan (teasers) karya
beliau yang terkini, silalah menjenguk di menu words.
|