+ news | books + order | aurora | him + words  | club | misc | about | forum | olai tannon
 


13 Oktober 2006
:: Laporan Majlis Berbuka Puasa ADN 2006

Laporan serta gambar-gambar sekitar majlis minggu lalu boleh dilihat melalui linkasi ini:

>> Sempoiizone
>> Elaira's fotopages

Terima kasih kepada yang sudi hadir walaupun tersekat dalam kesesakkan jalanraya. Abang Pat kata, tahun depan kita buat kat Bangi. :D Baek boss...

InsyaAllah, nantikan pula majlis sambutan Hari Raya ADN kelak. Walau bagaimana pun tarikh serta tempat belum ditentukan.

---------------------------------------------------------------------------------------

2 Oktober 2006
:: Peta lokasi Majlis Berbuka Puasa ADN 2006

Jundak menarik diri hari ni... dan dia dihukum pancung kerana mengadakan alasan kenduri sebagai musabab utama... kekekkeke... cantas dia Rosh... jangan bagi peluang! Jadikan pengajaran kat orang lain tu ha... huhu

---------------------------------------------------------------------------------------

26 September 2006
:: Majlis Berbuka Puasa ADN Bersama Abang Pat

Setelah perbincangan hangat dijalankan, so kami telah menetapkan 6hb Oktober bertempat di Tupai2 sebagai waktu dan tempat yg bakal diserbu oleh Aurorans sempena majlis berbuka puasa untuk tahun ini. Diharap kepada sesiapa yang berkesempatan, boleh la menghadirkan diri di Tupai2 6hb nanti.

Bayaran sebanyak RM42 untuk dewasa dan RM22 untuk kanak-kanak. Makanan disediakan secara buffet 52 jenis ala kampung, 22 ala china, 10 ala barat.

Berikut disenaraikan nama2 yang bakal hadir.

Dewasa (sudah kompom):

1. Elaira
2. Zulela
3. Sempoii
4. Silence
5. Wife silence
6. Rosh
7. Rosh's partner
8. Kirrotamagrak
9. Abg Pat
10. Kak Long
11. Mak Cik Abg Pat
12. Asri
13. Raja Kegelapan
14. Nieza Hunkrakar


Kanak-kanak (sudah kompom):

1. Balkis
2. Adik balkis
3. Along
4. Angah
5. Ateh


Belum kompom:

1. Morrok
2. Ilia
3. Esis
4. Wife Esis
5. Husband Sempoii
6. Attokz
7. Fajar + Anis + Najla


Sila beritahu kami di sini jika nama anda tidak tersenarai dan ingin menyertai kami. Atau emel kepada elaira4ever@yahoo.com.

---------------------------------------------------------------------------------------

September 2006
:: Pengumuman Mutakhir tentang Buku ke-8

Tempahan untuk buku ke 8 masih dibuka, tetapi di sini saya bagi pihak ADN dan Abang Pat sendiri ingin membuat beberapa penjelasan terutama kepada Aurorans yang telah membuat tempahan berbayar.

Bahawa buku ke 8 yang sangat-sangat kita dambakan ini terpaksa ditunda tarikh siapnya ke satu masa yang hanya Tuhan mengetahui. Setelah beberapa pertemuan dan perbincangan, kami memahami kesukaran Abang Pat untuk meneruskan penulisannya. Ilham datang atas anugerah Allah, dan matlamat penulisannya adalah yang terbaik dari segala aspek. Kalian sendiri tahu bukan, untuk menulis satu buku sebaik Legenda Numerius bukannya mudah. Bacalah melebihi tiga kali, insyaAllah kalian akan memahami apa yang aku maksudkan. Bahawa ilmu yang cuba disampaikannya itu tergarap kemas disebalik jalan penceritaan. Dan apabila kita memahami, maka dunia pun akan bertambah indahnya, alam pun akan bertambah serinya, dan Tuhan pun semakin mendekati jiwa.

Sekiranya ada diantara kalian yang telah membuat tempahan berbayar sebelum ini dan merasakan kepedihan menunggu tanpa kepastian, maka dengan rasa rendah diri saya menawarkan untuk menguruskan pemulangan bayaran tersebut. Seterusnya membeli buku tersebut apabila ianya telah siap untuk dijual kelak. Tetapi untuk yang tetap setia dan berteguh memberi semangat dan sabar menanti kelahiran buku ke 8 ini, maka aku dengan sebesar-besar hati mengucapkan ribuan terima kasih, kerana sudi bersama dalam sukar dan kepayahan.

Kerana itu juga bagi yang berkemampuan saya suka mengajak akan pertemuan, kerana segala yang kelabu dapat kita cerahkan.

InsyaAllah pihak ADN akan sekali lagi mengatur pertemuan selepas Hari Raya sekali gus menjadikan sambutan tahunan Majlis Hari Raya ADN. Walau bagaimana pun tarikhnya belum ditetapkan. Diharapkan kali ini akan mendapat penyertaan semua, terutama yang jarang sekali berkesempatan untuk menyertai pertemuan-pertemua kecil yang sering diadakan.

Sila lah terus bersama dengan ADN untuk makluman terkini dari masa ke semada atau rujuk Olai Tannon yang sentiada bugar dengan berita terkini.

Terima kasih atas sokongan dan dorongan, insyaAllah kita adalah diantara barisan yang menuju kejayaan.

:: Ramadhan 1427

Dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua ADN, semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dan dipenuhi rahmat Ilahi. Selamat berpuasa.

---------------------------------------------------------------------------------------

Buku ke-8 Siri Saga Artakusiad

Ya, buku ke-8 bakal terbit! Walau bagaimanapun, pihak kami difahamkan bahawa buku ke-8 ini adalah terhad cetakannya, iaitu hanya 200 naskah sahaja. Ia bakal setebal 700 mukasurat dan berharga RM80. Harga ini adalah termasuk harga pos.

Cara tempahan & bayaran:

Saya hanya mempunyai akaun Bumiputera Commerce (BCB) sahaja. Jika anda ingin membuat tempahan yang sah:

  1. Sila masukkan bayaran ke akaun saya yang bernombor 1418-0057690-523 MASLIZA ALIAS.
  2. Scan slip transaksi bank anda, dan emel kepada saya di elaira4ever@yahoo.com dengan Subject: BAYARAN BUKU KE-8, supaya mudah saya membuat semakkan kelak.
  • Sekiranya anda menggunakan transaksi secara on-line, sila screen-capture dan emel kepada saya.
  • Sekiranya menggunakan mesen untuk pindahan akaun, sila scan slip dan emel kepada saya.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai kemudah untuk scan, sila fotokopi dan pos kan kepada:

Masliza Alias
E-3A-16, Blok Suria,
Tasik Height Apartment,
Jalan Liku 6,
Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur.

Sila tuliskan nama anda dan nombor telefon dengan jelas. Sila hubungi saya jika masih terdapat sebarang kesulitan.

Terima kasih.

Salam Sehijau Aurora
ElairaSelamanya

---------------------------------------------------------------------------------------

   



Arkus!


"Ini adalah hadiah dari Arasis. Namanya Arkus. Pedang ini akan menerangi jalanmu di medan perang dan di waktu kegelapan..."
- Permata Aurorius, 47.

[+] Read here: Kronologi pembentukan laman web artakus.net.my (compiled by elaira).

[+] Kata pengantar daripada webmaster(s) artakus.net.

[+] Ada apa dengan Saga Artakusiad? Buat mereka yang ingin mengetahui tentang siri fantasi ini, anda boleh dapatkan secebis info tentangnya dengan membaca sinopsis siri ini secara umum (x).

>> archives:
july-06
mac-06
julai-05,

oktober-04
end-03,
ogos, julai

   
 
 

------------------------------------
Powered by:
elaira.net
@ MERCUMAYA.NET
------------------------------------

 
 
© Saga Artakusiad™. 2003
Hak cipta terpelihara. Sebarang ciplakan adalah dilarang.