
Selamat datang ke artakus.net.
Syukur, akhirnya kami berjaya juga membentuk sebuah website kepada
peminat-peminat Saga Artakusiad khususnya. Semoga ia menjadi medan
pertemuan ('Olai Tannon') buat semua peminat karya fantasi Ahmad
Patria Abdullah. Anggaplah ini adalah hasil daripada peminat kepada
peminat juga.
Siri yang begitu unik ini telah berjaya menyentuh
hati saya sejak zaman sekolah lagi. Itulah kali pertama saya diperkenalkan
dengan dunia fantasi dan keajaiban di luar batas imaginasi di
dalam bentuk penulisan. Ianya merupakan genre yang sememangnya
menarik perhatian saya. Tidak ramai yang mengetahui tentang siri
ini, dan sekiranya saya dapat berjumpa dengan peminat siri ini,
kami rasa cukup gembira kerana dapat berkongsi cerita tentangnya.
Dan apabila dunia internet berkembang dengan pantas, saya masih
berusaha mencari sedikit sebanyak maklumat berkenaannya, tetapi
hampa. Apatah lagi, buku yang terakhir dibaca seperti tiada kesudahan
dan menimbulkan banyak persoalan.
Saya telah menulis berkenaannya di website peribadi
saya. Tanpa disangka, ramai peminat siri tersebut telah menghubungi
saya melalui buku tamu serta e-mel. Ini adalah sesuatu yang di
luar jangkaan, kerana saya tidak menyangka terdapat mereka yang
mempunyai minat yang sama. Dalam diam-diam, saya berusaha untuk
menghasilkan sebuah website khusus untuk Artakus Aurora. Lebih-lebih
lagi dengan bantuan dan dorongan daripada para peminat serta rakan-rakan
saya, seperti elaira, farah ck, rosh, rudy dan mr. x. Tidak lupa
juga rakan-rakan Geng Jurnal yang cukup sporting!
Terimalah hasil yang tidak seberapa ini. Semoga semangat Aurora
akan terus segar di ingatan kita semua.
Semoga laman ini menjadi dorongan dan semangat
untuk 'Artakus' terus berjuang!
Salam hormat,
[+]
Oleh kerana di waktu itu belum ada laman khas
teruntuk buat Saga Artakusiad, saya telah mengabadikan minat yang
mendalam terhadap saga ini dalam rekabentuk serta konsep laman
web peribadi. Dengan lahirnya Saga Artakusiad Online ini, diharap
ia akan menjadi satu medan perbincangan dan luahan pendapat, mengasah
bakat menulis berasaskan genre sastera melayu, perkembangan terkini
buku-buku yang sedang dalam penulisan, perancangan serta aktiviti-aktiviti
semasa ahli-ahli Kelab Aurora, pesanan terus daripada penulis
serta berbagai kemudahan online yang masih dalam usaha membangunkannya.
Salam Sehijau Aurora,
[+]
Diangkat menjadi KARMAN bukanlah satu tugas mudah
dalam merealisasikan harapan semua peminat SAGA ARTAKUSIAD menjadikan
laman web ini satu realiti. Kuasa magis KARMAN yang perlu digunakan
sebaik mungkin dan bukan untuk jalan yang salah. Terima Kasih
untuk semua yang bergabung tenaga menjadikan impian kita satu
realiti terutamanya buat FAJAR dan PUTERI ELAIRA, mereka yang
sama-sama berpadu tenaga.
Aku dipertemukan dengan Ahmad Patria Abdullah
melalui adiknya, Iqbal Abdullah ketika sama-sama mengaji ilmu
di Negara Matahari Terbit. Aku berusaha menjejak beliau setelah
sekian lama tenggelam dengan dunianya sendiri tanpa penghasilan
karya-karya baru yang benar-benar membuatkan ribuan peminatnya
merinduinya. Kejutan pada bulan Februari 2003 melalui satu mesej
di buku tamu bluehikari.com benar-benar memulakan segala-galanya.
DAN Alhamdulillah, kerjasama adik beliau dan akhirnya beliau sendiri
membuahkan hasil, setelah satu pertemuan kecil yang pertama dibuat
di Kampung Bharu, Kuala Lumpur pada bulan Mac 2003.
Saya mengalu-alukan beliau untuk membuat come
back demi peminat yang sudah lama menunggu karya terbaru
beliau. Apatahlagi siri SAGA ARTAKUSIAD sekadar tergantung tanpa
bertali lewat buku terakhirnya PEDANG AURORA!
Untuk kalian, terimalah ARTAKUS.NET!
Salam hormat,
|